Saturday, 28 April 2012

AMALAN MENABUNG MEMBANTU MENGELAKKAN PEMBOROSAN..




Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik, kita seyogianya memahami kemaslahatan wang. Cendekiawan memfasiqkan bahawa dengan wang, kita dapat melakukan segala-galanya tetapi wang tidak dapat membeli segala-galanya. Oleh hal yang demikian, menabung memang sinonim dengan wang dan masa depan. Orang yang mengabaikan amalan ini diumpamakan orang yang menagak cabaran pada hari muka. Realitinya, peribahasa Melayu ada menjelaskan bahawa “sediakan payung sebelum hujan”.

Dalam marcapada, menabungkan wang dikatakan dapat mendisiplinkan diri kita. kesabaran dan kesanggupan berkorban demi masa depan menjadi titik tolak seseorang menabung. Apabila menabung, prinsip “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”. Wang tabungan ini dapat mengekang diri kita daripada lalai dalam merancang masa hadapan. Disiplin diri yang terbentuk dalam amalan menabung dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Ringkasnya, menabung merupakan rencah untuk mengawal diri daripada memboros.

Walakin begitu, amalan yang dituntut agama ini dapat memupuk pemikiran yang mengapresiasi kesusahan mencari wang. Ibu bapa yang bekerja siang dan malam “bagai lebah mengumpulkan madu” demi membiayai kos kehidupan yang meningkat harus kita sedari. Baki wang saku yang diberi mestilah dimasukkan ke dalam tabung. Apabila kita memerlukannya pada kala kecemasan, pertolongan orang lain tidak diperlukan. Oleh sebab itu, nilai berdikari dapat ditanam di samping mengetahui setiap sen merupakan hasil titik peluh dan keringat yang bermakna.

Ibu bapa memainkan peranan sebagai mencorakkan amalan ini kepada anak-anak sejak kecil lagi kerana “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Anak-anak bagaikan kain putih, ibu bapalah yang harus mencorakkan dan mewarnakan kehidupan mereka dengan amalan murni seperti menabung. Dengan berbuat demikian, anak-anak dapat diajar tentang perancangan masa hadapan. Mereka akan menyedari hakikat kepentingan berjimat cermat. Anak-anak yang pandai berjimat-jimat nescaya dapat berusaha dengan lebih giat untuk menjamin masa hadapan kerana “asal ditugal, adalah benih”.

Wang tabungan yang dikumpulkan acap kali dibawa ke bank untuk disimpan. Di samping menabung, kita juga berpeluang untuk mempelajari perkembangan dunia perbankan. Hal ini secara tidak langsung menjadikan kita warga yang sentitif akan perkembangan ekonomi semasa. Daripada perspektif ekonomi, kita dapat memainkan peranan sebagai penjana virus yang dapat membebaskan negara daripada serangan wabak kemelesetan ekonomi. Tegasnya, simpanan tidak seberapa yang kita laburkan dalam simpanan bank dapat digunakan oleh pihak bank untuk pelaburan mega lain sekali gus menstabilkan ekonomi negara.

Walhasil, sebagai anak bangsa yang bakal dibentuk menjadi modal insan kepada nusa tercinta, kita sewajarnya menjadikan amalan menabung sebagai rutin kehidupan. “Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis” merupakan kata-kata mutiara yang mesti kita hayati. Dengan menabung, kualiti kehidupan yang lebih baik dapat kita nikmati. Wang yang ditabung boleh menjadi modal melanjutkan pelajaran demi memberi pulangan kehidupan yang lebih baik kepada ayahanda dan bonda tercinta. Pulangan yang lumayan daripada amalan menabung dapat dirasai bukan sahaja untuk diri justeru kepada seantero jagatraya



TERAPI KETIKA MEMBELI-BELAH








Assalamualaikum dan salam sejahtera.
          

Pada era globalisasi ini, kita memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan berbanding pada zaman dahulu yang hanya menggunakan sistem barter.Kita haruslah seiring dengan zaman yang kita lalui. Jadi, permasalahan mengenai wang sering kali  memeningkan kepala setiap orang tambah-tambah lagi pada mereka yang mempunyai tanggungan. Kita sebagai pengguna yang bijak harus bertindak untuk ‘Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan’.

Apa yang dikatakan sebagai 'Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan' sebenarnya bukanlah bermaksud berhenti berbelanja secara mendadak sehingga barangan keperluan diri terabai tetapi mengambil alternatif untuk memulakan kehidupan yang baharu tanpa bebanan hutang dan mengurangkan membeli belah secara  boros serta melampau seperti membeli barangan yang tidak berfaedah.

Mari kita lihat apakah perkara yang harus diamalkan:
Sebelum anda membeli-belah
Apabila anda ingin membeli sesuatu, tanyalah diri anda - Adakah saya memerlukannya? Adakah saya mampu membelinya?  Bajet peribadi dan aliran tunai anda boleh membantu menjawab soalan ini. Semak terlebih dahulu sekiranya anda telah membuat peruntukan bagi perbelanjaan ini ataupun anda telah berbelanja lebih bagi bulan tersebut.   
  1. Buat senarai barangan yang hendak dibeli.
  2. ‘Window-shop’ tanpa membawa wang yang banyak.
  3. Jangan jadikan membeli belah sebagai satu tabiat untuk melepaskan tekanan.
  4. Sekiranya kita hendak membeli sesuatu barang yang khusus pastikan kewangan kita mencukupi. Jika tidak kita mungkin akan membeli secara kredit.
  5. Jangan bawa anak-anak yang sering mendesak untuk membeli sesuatu yang kurang perlu atau keluar dengan rakan-rakan yang memang suka membeli belah.
  6. Tinggalkan kad kredit di rumah untuk mengelak belanja secara berlebihan.
  7. Jangan membawa wang yang banyak. Bawalah yang mencukupi sahaja
  8. Jangan membeli belah untuk menunjuk-nunjuk pada pesaing, rakan ataupun jiran.
  9. Kurangkan tabiat mendapatkan maklumat mengenai barangan yang kita minat di laman web jualan lelong seperti lelong.com atau mudah.my. Ini kerana kita mungkin terjumpa dengan barangan yang diminati dalam harga yang murah walaupun sebenarnya kita belum memerlukan barangan berkenaan pada waktu itu.
  10. Jangan amalkan singgah di pasar raya apabila pulang ke rumah dari tempat kerja.
  11. Rancang tempat untuk membeli belah bagi menjimatkan penggunaan bahan api dan masa. Belilah barang keperluan dengan sekali pergi sahaja.

Bersederhana dalam perbelanjaan.


  1. Kualiti produk mungkin sama dengan jenama lebih murah.
  2. Jangan mudah terpengaruh tawaran istimewa.
  3. Buat perbandingan harga.
  4. Sentiasa memeriksa resit pembelian barangan untuk mengelakkan terlebih bayar atau berlaku kesilapan semasa pengiraan pembelian
  5. Jangan ke bahagian makanan di pasar raya dalam keadaan perut kosong.
  6. Periksa rak bawah barangan di pasar raya sekiranya barangan itu tidak dinaikkan harga
  7. Beli ketika jualan murah, tetapi kawal diri supaya tidak terlebih belanja.
  8. Untuk jualan murah, sila teliti kualiti barangan yang dipamerkan dan pastikan barangan yang dipamer itu di bawah promosi.
  9. Tawar harga barangan seberapa boleh jika membeli di kedai biasa.
  10. Ketahui dan dapatkan maklumat mengenai hak-hak pembeli seperti polisi pemulangan, kos penghantaran dan sebagainya.
  11. Berani mengatakan “tidak” sekiranya tidak memerlukan barangan yang ditawarkan.
  12. Jangan berbelanja lebih terutamanya jika anda tidak ada kemampuan.
  13. Periksa keseluruhan kedai untuk mendapatkan harga terbaik.
  14. Beli produk keluaran tempatan (Buatan Malaysia). Ia menjimatkan bahan api dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida yang keluar semasa proses penghantaran.
  15. Beralih kepada barangan yang boleh digunakan semula. Ini mengurangkan barang buangan dan menjimatkan sumber tenaga.
Selepas anda membeli-belah
  1. Buat aduan terhadap barang yang rosak jika masih dalam waranti.
  2. Kira semula wang yang telah anda belanjakan. Jika masih ada baki, simpan wang tersebut. Sekiranya perbelanjaan anda sudah melebihi bajet, atur semula perbelanjaan anda, dan pastikan anda tidak mengulangi kesilapan ini lagi.
  3. Kekalkan barangan yang anda telah beli dalam keadaan yang boleh dikembalikan atau dijual semula. anda perlu  memastikan polisi pemulangan semula barangan di kedai tersebut sekiranya mahu memulangkan semula barangan yang anda tidak perlukan.
Kesimpulan
Sekiranya, pembelian barangan tersebut merupakan suatu kehendak, pertimbangkan untuk tidak membelinya atau belilah sesuatu yang serupa tetapi pada harga yang lebih murah supaya anda boleh menambah simpanan. Dengan berbuat demikian, anda telah berbelanja secara berhemat dan hidup mengikut kemampuan anda.
Membuat pilihan munasabah ketika membeli dan berbelanja secara berhemat akan mencegah anda serta orang lain daripada menghadapi masalah kewangan. Mengendalikan kewangan peribadi anda secara bertanggungjawab adalah mudah jika anda mula belajar mengatakan ‘tidak’ sekiranya anda tidak mampu membelinya.
Ambillah masa untuk memikirkan sama ada perlu untuk membelanjakan wang dan adakah anda mampu berbelanja mengikut bajet yang telah disediakan? Ingat, apabila anda berkata ‘tidak’ untuk berbelanja sekarang (dengan menangguhkan kepuasan), anda berada selangkah lebih hampir untuk mencapai impian kewangan anda.
Dalam kehidupan, sentiasa ada alternatif untuk membuat pilihan lain. Tinjau pengganti lain bagi keperluan dan kehendak anda. Tukar tanggapan atau persepsi anda, jika perlu. Daripada membeli kereta, gunalah pengangkutan awam sebagai alternatif untuk pergi ke bandar. Justeru anda bukan saja dapat menjimatkan wang, malah  boleh menyumbang secara positif kepada alam sekitar.